Tuesday, November 13, 2007

Ini Bukan Budaya Kita

Bersama Membela Nasib Kita



"Ini bukan budaya kita" begitulah perkataan yang asyik bermain di bibir Perdana Menteri kita semua.Perkataan ini adalah merujuk kepada Perhimpunan Aman BERSIH yang berlangsung di tengah ibukota dan beberapa negara pada hari sabtu lepas iaitu pada 10/11/2007.Kedengaran hampir semua menteri di barisan kerajaan menuturkan bahasa yang sama,berbeza dengan apa yang digaduhkan oleh Datuk Zainuddin Maidin dengan Al-Jazeera.Bagaimanakah dia dapat memegang jawatan Menteri Penerangan?Mungkin sekali hasil tulisannya melalui kolum tulisan Awang Selamat barangkali?Soalnya di sini adakah demonstari aman menetang penubuhan Malayan Union ini budaya kita?




Memang ini budaya kita.Sejarah membuktikan bahawa ini memang budaya kita.Hasil daripada demonstrasi aman oleh rakyat sebelum merdeka dahulu telah membuahkan hasil pada masa kini.Apakah yang berada dalam pemikiran Perdana Menteri kita ini?Apakah dia tidak belajar sejarah?Mengapa tidak dikatakan kepada pejuang kemerdekaan dahulu ini bukan budaya kita.
Adakah kerana mereka UMNO?Aku harap kamu tidak berfikiran begitu.Kepada barisan kerajaan demonstrasi aman memang budaya kita.Apakah menyembur gas pemedih mata,air kimia adalah budaya kita?Adakah membelakangi Yang Dipertuan Agong budaya kita?Adakah bercakap perkara lucah ketika PUM 2007 yang lalu budaya kita?Memutarbelitkan fakta budaya kita?Bercakap dengan nada yang kasar di depan jutaan penonton di seluruh dunia budaya kita?Budi Bahasa Budaya Kita Zam,Khairy.Kempen yang dilancarkan sesama kamu sendiri.Cuba kamu fikirkan Perdana Menteri,jika demonstrasi bukan budaya kita,kamu tidak akan berada di kedudukan kamu sekarang ini.Fikir-fikirkan lah.Kepada rakyat yang tidak gentar akan cabaran Perdana Menteri dengan menyertai Perhimpunan Bersih sabtu lepas.Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana menunjukkan kepada Perdana Menteri demonstrasi aman memang budaya kita.Kepada barisan kerajaan.Demonstrasi Aman memang budaya kita.






[bapakeganjilan] w.e
BERSIH protester.
Kump. Masjid Jamek.

14/11/2007

No comments: