Tuesday, November 13, 2007

Ini Bukan Budaya Kita

Bersama Membela Nasib Kita



"Ini bukan budaya kita" begitulah perkataan yang asyik bermain di bibir Perdana Menteri kita semua.Perkataan ini adalah merujuk kepada Perhimpunan Aman BERSIH yang berlangsung di tengah ibukota dan beberapa negara pada hari sabtu lepas iaitu pada 10/11/2007.Kedengaran hampir semua menteri di barisan kerajaan menuturkan bahasa yang sama,berbeza dengan apa yang digaduhkan oleh Datuk Zainuddin Maidin dengan Al-Jazeera.Bagaimanakah dia dapat memegang jawatan Menteri Penerangan?Mungkin sekali hasil tulisannya melalui kolum tulisan Awang Selamat barangkali?Soalnya di sini adakah demonstari aman menetang penubuhan Malayan Union ini budaya kita?




Memang ini budaya kita.Sejarah membuktikan bahawa ini memang budaya kita.Hasil daripada demonstrasi aman oleh rakyat sebelum merdeka dahulu telah membuahkan hasil pada masa kini.Apakah yang berada dalam pemikiran Perdana Menteri kita ini?Apakah dia tidak belajar sejarah?Mengapa tidak dikatakan kepada pejuang kemerdekaan dahulu ini bukan budaya kita.
Adakah kerana mereka UMNO?Aku harap kamu tidak berfikiran begitu.Kepada barisan kerajaan demonstrasi aman memang budaya kita.Apakah menyembur gas pemedih mata,air kimia adalah budaya kita?Adakah membelakangi Yang Dipertuan Agong budaya kita?Adakah bercakap perkara lucah ketika PUM 2007 yang lalu budaya kita?Memutarbelitkan fakta budaya kita?Bercakap dengan nada yang kasar di depan jutaan penonton di seluruh dunia budaya kita?Budi Bahasa Budaya Kita Zam,Khairy.Kempen yang dilancarkan sesama kamu sendiri.Cuba kamu fikirkan Perdana Menteri,jika demonstrasi bukan budaya kita,kamu tidak akan berada di kedudukan kamu sekarang ini.Fikir-fikirkan lah.Kepada rakyat yang tidak gentar akan cabaran Perdana Menteri dengan menyertai Perhimpunan Bersih sabtu lepas.Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana menunjukkan kepada Perdana Menteri demonstrasi aman memang budaya kita.Kepada barisan kerajaan.Demonstrasi Aman memang budaya kita.






[bapakeganjilan] w.e
BERSIH protester.
Kump. Masjid Jamek.

14/11/2007

''RTM minta kami sebut Himpunan BERSIH ganggu peniaga''

Bersama Membela Nasib Kita


Helmi Khalid Mon Nov 12, 07 10:07:24 am MYT


ALOR STAR, 12 Nov (Hrkh) - "Ada empat orang lelaki yang mengaku mereka dari RTM datang kepada kami dan minta kami sebut bahawa Himpunan 10 November di Kuala Lumpur telah menimbulkan gangguan kepada peniaga dan semua orang takut bila ada himpunan seperti itu," demikian pengakuan Saw Lean Kiaw dari Alor Star.
Katanya, sekumpulan empat lelaki tersebut datang di tempat kerjanya di sebuah bangunan berdekatan sebuah IPTS di Jalan Langgar, dekat sini pada waktu tengahari (11 November) dan dilihat hanya memilih orang awam bukan Melayu untuk ditemuramah.
"Saya dan beberapa rakan dari kaum Cina tidak mahu ikut cakap mereka, kalau dia nak minta kami ulas tentang himpunan itu kami mahu, tetapi mereka 'ajar' untuk kutuk himpunan rakyat tersebut, kalau keluar TV bermakna ia bukan komen kami yang sebenarnya," sambung Kiaw.
Bagaimanapun menurutnya, mereka sempat merakamkan temubual bersama seorang lelaki India.
Ditanya sama ada beliau tahu nama wakil RTM terbabit, Kiaw memberitahu mereka hanya memperkenalkan diri sebagai wakil RTM tetapi tidak memperkenalkan nama.
Ketika pertemuan dibuat sekitar jam 8.00 malam tadi bersama Kiaw, kebetulan sambil menonton siaran berita RTM, ternyata 'perancangan' tersebut benar-benar direalisasikan RTM yang menyiarkan kononnya orang ramai mengutuk himpunan itu atas alasan telah menimbulkan kacau bilau serta menakutkan para peniaga di Kuala Lumpur.
Kiaw menyatakan, masyarakat Cina di Alor Star tidak menganggap himpunan aman itu sesuatu yang menimbulkan gangguan jika ia bertujuan untuk mengembalikan keadilan dalam pilihan raya negara ini. - mks.
-->

Dipetik daripada http://www.harakahdaily.net/

Bacalah wahai rakyat.Anda semua telah dipermainkan dengan berita palsu oleh RTM.Sesungguhnya berita ini anda tidak akan dapat lihat di kaca televisyen atau dada-dada akhbar.Tetapi hanya di Utusan Rakyat,tiada pembohongan dibenarkan di sini.Bersama Membela Nasib Kita.

13/11/2007

[bapa keganjilan] w.e

Monday, November 12, 2007

Mukadimah

Bersama Membela Nasib Kita



Tujuan blog ini dibuat adalah untuk menangkis laporan yang terpampang di dada-dada akhbar ataupun di kaca televisyen yang sering memberi laporan yang salah dan berat sebelah terutamanya yang berkaitan dengan salah lakupihak kerajaan.Rakyat sering ditipu dengan laporan palsu yang terdapat di media massa perdana masakini.Di harap dengan pembinaaan blog ini rakyat akan memperoleh pelbagai manfaat daripadanya dan dapat membuka mata yang tak melihat,telinga yang ditutup,mulut yangdibisukan.Bukan nak menyindir tapi ajak berfikir.Sesiapa yang ingin berkongsi pendapat,menghantar rencana,gambar dan sebagainya untuk kebaikan bersama rakyat Malaysia sila add Yahoo Messenger saya rocknrollpie_99 dan emel saya theoddfellas@gmail.com.Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas apa yang anda lakukan.Di harap pembaca tidak melakukan perkara yang tidak elok terhadap saya.Insya-Allah.

13/11/2007
[bapakeganjilan] w.e..
F.O.R.T.S Family 05-08..