Gambar diambil dari http://wargamalaya.blogspot.com/(Mintak halal ya,bukan apa,saya ada dlm gmbar tu)
Lama blog ni tertangguh.Dulu sewaktu mula-mula lepas menyertai demo BERSIH berkobar nak jadi penulis blog namun nak buat lagu mana.Tahun depannya nak SPM.Kali ini dah tak SPM harap nak berjinak-jinaklah nak tulis blog ini balik.Kalau dahulu semangat cerita tentang BERSIH kali nak cerita tentang MANSUH pula.Lain ya kawan-kawan.Sangat lain.Dahulu tak risau AUKU.Sekarang kena risau AUKU,PTPTN.Kalau nak tahu permohonan PTPTN saya tak diproses pun lagi.Dugaan.Namun,turun tetap kena turun.Lain.Memang lain.Kali ini polis berkobar-kobar nak tangkap.LRT pun lambat buka semula.Mungkin berkompromi barangkali.Terpaksa merayau-rayau dahulu sambil memikirkan risiko akan di tahan.Lain.Memang lain.Dahulu berani sahaja.Datang BERSIH pakai capal raya.Tak bawa apa-apa persediaan pun.Tak takut kena tahan pun.Tak takut kena apa-apa pun.Lain.Memang lain.Sekarang pergi berkasut.Tak pakai apa-apa yang menepati tema MANSUH pun.Dulu pakai juga topi BERSIH.Garam.Tuala.Semua di bawa.Lain.Memang lain.Dulu Pak Lah ada lembut sikit.Sekarang NTR.Faham-faham sendiri.Dulu mula-mula aja kena semburnya dan tembakannya.Sekarang sampai tak sudah.Dulu ramai dan teratur.Tapi kali ini nampak macam kurang dan kucar-kacir.Lain.Memang lain.Tapi ada juga yang sama.Kawan masih juga lambat datang.Sama macam dahulu.Tetap kena tear gas.Bahkan lagi pedih dari dahulu.Masih juga berkumpul di Masjid Jamek KL.Sama macam dahulu.Tak sampai juga Istana Negara.Masih macam dahulu.Hatta Ramli kena teruk.Sama macam dahulu.Kerajaan pekakkan telinga.Orang ditahan.Sama macam dahulu.
Sesiapa yang membaca kena faham.Setelah 2 tahun tak menulis di alam siber.Memang begini.
Nampak macam sampah sahaja tulisannya.Tapi itu tidak bermakna saya tidak menulis di tempat lain.
Sekarang di blog http://parpukari.blogspot.com/2009/08/gempar-penganjur-gmi-bayar-rm50-100.html ada menyatakan tentang Universiti Islam Selangor yang saya kira tidak pernah wujud pun di dunia ini bahawa ada pelajarnya mengaku bahawa menerima RM 50- RM 100 untuk mengikuti demo MANSUH.
Ini amat menjadikan saya terbakar dan marah.Saya marah kalau tuduhan itu benar dan saya juga marah kalau tuduhan itu tidak benar.
Saya pohon tuan penulis blog tersebut menarik balik kenyataan tersebut,atau setidak-tidaknya memberikan bukti bahawa tuduhan anda itu bukan fitnah.
Jikalau tidak.Memetik kata-kata tuan penulis blog.BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA.